Monday, December 20, 2010

RAHSIA TAWAR DAN MASIN...

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan);
yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit;
dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas
yang menghalangi." (Al Furqan : 53)

Penggemar rancangan Discovery pasti mengenali Mr.Jacques Yves Costeau , seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba beliau menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/ tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Beliau mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun beliau belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sehingga pada suatu hari Mr. Costeau bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian beliau pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor tersebut teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan..” Ertinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surah Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tetapi tidak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surah Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan". Ertinya: "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an tersebut melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20! Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika beliau pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Apabila seorang sahabat bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah mengingati mati dan lazimilah membaca Al Quran."

Di Cenote Angelita , Mexico, terdapat sebuah gua yang mana jika seseorang menyelam dengan kedalaman 30 meter, airnya adalah air segar (tawar), namun jika menyelam dengan kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin. Di sana mereka yang pernah menyelam ke dasarnya dapat melihat sebuah "sungai" yang lengkap dengan pohon dan daun-daunan.

Sesetengah pengkaji mengatakan bahawa itu bukanlah sungai biasa, bahkan merupakan lapisan hidrogen sulphide yang membentuk sungai... luar biasa bukan? Subhanallah… Betapa hebatnya rahsia lautan milik Rabbul Jalil...

Tuesday, November 9, 2010

APAKAH HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

Monday, September 6, 2010

SI TANGGANG MODEN

assalamualaikum.. di sini suke nye aku berkongsi satu isu yang mane isu ini sgt penting dalam hidup kite terutama di kalangan remaja kite sendiri. baru jer sebentar td aku mendengar satu bicara ilmu oleh ustaz kazim elias al hafiz yg berasal dr manjoi, ipoh, die membicarakan tentang tanggang masa kini, tanggang milineum, tanggang moden. terasa diri ini banyak kesalahan, banyak dosa, banyak kezaliman yang telah aku lakukan pada kedua ibu dan ayahku. sedar tak sedar, sudah 20 tahun aku berada di bumi Allah ini, dan ketika itu begitu banyak pengorbanan ibu dan ayah kepada ku dan adik2 ku. aku mengerti ayah tidak pernah merintih atau mengeluh menyara hidup kami sekeluarga dan terus mencari rezeki yang halal untuk kami hanya menggunakan tulang empat kerat jer. tidak kenal siang atau malam, panas atau sejuk, hujan atau ribut, ayah tetap ngn tanggungjawabnya sebagai seorang ketua keluarga dan seorang ayah kepada kami. ibu pula x pernah menyesal dalam mendidik kami, mendidik kami ngn penuh kasih sayang, tegas, dan sentiasa menerapkan nilai-nilai islam pada diri kami agar suatu hari nanti aku dan adik2 ku menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan untuk mereka tika mereka tiada lagi di dunia. x terbalas jasa mu wahai ayah, wahai ibu.

namun, ape yang ingin aku kongsikan di sini mengenai anak -anak zaman sekarang sudah semakin melupakan nilai hormat pada ayah dan ibu, inikan pula rase sayang pada mereka. banyak kite dengor berita-berita mengenai anak-anak memukul ibu dan ayah, anak-anak menghalau mereka. menghantar mereka ke rumah kebajikan, malah ade yang kite dengor ade juga anak-anak berani sehingga sanggup membunuh ibu dan ayah mereka sendiri. MasyaAllah... adakah ini di panggil anak-anak yang soleh atau solehah? sedangkan haiwan juga mempunyai nilai-nilai kasih sayang anak-anak sesama ibu mereka. di manakah silap nya mereka ini? adakah kurangnya didikan agama? adakah kuatnya pengaruh kawan-kawan yang x baik? adakah di sebabkan pengaruh media massa? semua itu ade jawapannya. ade juga anak-anak yang menjadikan ayah dan ibu mereka sebagai orang gaji di rumah mewah mereka. tidak ade belas kasihan pun pada mereka, sedangkan mereka itu sudah lanjut usia, inikan pula nak wat kerje-kerje umah yg berat, tenaga mereka pun lemah. kononnya sebelum itu, anak-anak memujuk ibu dan ayah untuk tinggal bersama mereka di bandar di sebabkan tiada sesiapa yang menjage mereka, namun ade helah di sebalik pujukan anak-anak, dijadikan ibu dan ayah sebagai orang gaji mereka. di mana letak nya kasih sayang mereka pada ibu dan ayah.

selain itu, ade juga anak-anak yang telah berjaya, yang telah sampai puncak menara gading, yang sudah terkenal, yang malu untuk mengaku ibu dan ayah mereka sebagai ibu ayah kandung mereka sendiri. malah ade yang berbulan-bulan, bertahun-bertahun, xpernah pun nk menjenguk ibu dan ayah di kampung. kononnya nanti ape pula kate isteri, ape pula kata kawan-kawan. mereka hanya malu pada isteri, kawan-kawan, tetapi mereka x sedar ade sepatutnyer mereka merasa lebih malu lagi kerana melakukan ibu dan ayah seperti itu, iaitu malu pada tuhan yang Esa, Allah. tidak ade ade rase bersalah pn mereka melakukan ibu dan ayah seperti itu. sesungguhnya Allah sangat murka dan marah pada anak-anak derhaka sehinnggakan xkan dapat mencium bau syurga sekali pun. itulah janji Allah pada mereka yang derhaka pada ibu dan ayah. bile waktu raye aidilfitri, jenuh ibu ayah telepon anak-anak supaya balik kampung beraya same2, namun macam-macam alasan mereka berikan, ade yang kate xde tiket, ade yang katekan xdapat cuti, ade yang katekan raye kt kampung x bes, padahal sebenarnya ade niat lain disebalik alasan-alasan mereka itu. cubalah kita fikir perasaan ibu ayah bile kite beri alasan seperti itu pada mereka, tidakkah mereka merasa sedih, merasa pilu,? mustahil lah kalau ibu ayah gembire bile tau anak-anak x balik kampung menjenguk mereka..

di samping itu, anak-anak selalu mengelak bile tibenye mase kite pula yang menjaga makan minum mereka tika sudah meningakat dan lanjut usia di hari tua. dalam 6 orang adik-beradik dalam keluarga tu, seorang pun tidak ade untuk offer diri untuk menjaga ibu dan ayah. masing-masing gaduh dan tolak tanggungjawab, si along suruh angah jage, si angah suruh alang jage, alang pulak suruh si ude, begitulah seterusnya sehungga xde sape pun yang ing menjage ibu dan ayah. itu sebab ramai anak-anak yang ambil jalan pintas, jalan mudah iaitu menghantar ibu dan ayah ke rumah kebajikan orang-ornag tua. sebenarnya itulah fenomena yang sebenar yang sentiasa berlaku, sentiasa terjadi dalam masyarakat kite terutama anak-anak remaja kita.

marilah same-same kite muhasabah diri kita kembali, tanpa ibu dan ayah, mustahil kite ade di dunia ini. sementara kita yang masih ade ibu ayah, tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai seorang anak yang soleh dan solehah, sayangilah mereka seperti mane mereka menyayangi kite tika kita kecil. engatlah kita, sesungguhnya xkan dapat cium nya bau syurga jika kita menderhaka pada kedua ibu dan ayah kita, kerana syurga itu letaknya di bawah telapak kaki IBU..




Anak Derhaka
Album : Alif Ba Ta
Munsyid : Aeman
http://liriknasyid.com


Sallatullahi Sallamullah
Ala Taha Rasulillah
Sallatullahi Sallamullah
Ala Yassin Habibillah

Cukup azabnya ibu mengandung
Bulan berjalan hari dihitung
Ibu berserah rugi dan untung
Kepada Allah meminta tolong

Cukuplah bulan dengan harinya
Seorang putra dilahirnya
Bidan menyambut dengan lembutnya
Hampir si ibu hilang nyawanya

Setelah anak kian dewasa
Dididik dengan kasih sayangnya
Diberi ilmu secukupnya
Hingga si anak kepuncak jaya

Bila si anak sudah beristeri
Ibu dibuat sebagai abdi
Kain dan baju disuruh cuci
Makan dan minum disuruh saji

Ibu yang malang berduka cita
Duduk berendam si air mata
Akhirnya ibu menutup mata
Atas perbuatan anak durhaka

Lagu & Lirik : Susunan semula oleh Hashim
(Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.)

FENOMENA RAMADHAN

alhamdullillah bersyukur kita ke hadrat Allah kerna di beri kekuatan untuk kita meneruskan ibadah puasa ramadhan yg kian hampir kemuncaknya. Namun saya suka mengajak para pembaca untuk kite berpikir kembali adakah kite ni puas hati ngn amalan kita sepanjang berlansungnya ramadhan karim ni. pejam celik pejam celik, kita semakin menghampiri bulan syawal iaitu bulan kemenangan kita umat islam setelah berpuasa selama sebulan dan menahan nafsu di bulan ramadhan. tidakkah kita merasa sedih meninggalkan ramadhan? adakah kite cukup puas hati ngn amalan ibadah kite di bulan ramadhan? amat rugi orang tersebut jika hanya menggunakan bulan ramadhan ini sebagai bulan menahan lapar dan dahaga jer, dan tidak menggunakan sebaiknya ramadhan itu untuk kiter meningkatkan amalan ibadah kite, untuk kiter muhasabah diri kite kembali, untuk kite bertemu Allah di kala orang lain di buai mimpi indah, untuk kite berbuat baik terhadap orang lain.

ade satu kisah yg mane seorang ahli sufi membuat keputusan untuk tidor di tanah perkuburan orang islam. dan setiap kali masuknya waktu solat ketika azan berkumandang, maka ahli sufi itu dapat melihat roh roh mayat di tanah perkuburan itu bangun semuanya. setelah orang islam selesai solat maka tidor kembali mayat2 itu. begitulah setiap hari setiap waktu solat tika azan berkumandang dapat dilihat oleh ahli sufi itu sendiri. maka di tanya ahli sufi itu pada mayat2 tersebut kenapa setiap kali waktu solat aku melihat kamu bangun dan selepas solat aku melihat kamu tidur kembali, begitulah setiap waktu solat yg berikutnya. itulah soalan ahli sufi pada mereka. maka dijawabnya mereka, kami bangun kerana kami menunggu kot kot ade hadiah dari orang islam yg masih hidup untuk kami di sini. maka fahamlah ahli sufi itu bahawa setiap kali waktu solat, mereka menanti doa doa untuk mereka iaitu doa doa anak anak yang soleh. jika waktu itu tiada sesiapa mendoakan mereka, maka mereka akan tidur kembali dan akan bangun pada waktu solat yg berikutnya untuk menanti kot kot ade orang yg mendoakan nya.
alangkah hina nya kita jika kita tidak mendoakan kebahagiaan orang lain tambah2 lagi kedua ibu dan ayah kite, yang mana mereka ini banyak berkorban harta dan nyawa dalam menjaga kita, dalam mendidik kita, dalam mengajar kita, memberi kasih sayang, dan membentuk diri kita menjadi insan yang bertakwa dan mukia. yang mana mereka mengharap sangat suatu hari nanti ketika mane anak anak mereka da dewasa, da berilmu, da bekejaya, namun anak anak tetap masih mengingati pegorbanan ibu ayah mereka dan mendoakan sentiasa untuk mereka setiap kali lepas solat. mana ibu ayah yg telah tiada, alangkah gembire nya mereka di alam barzakh kerana doa doa yang dikirimkan oleh anak anak kepada mereka. di bulan ramadhan ini marilah kita sama sama berdoa untuk orang orang islam yg telah meninggal dunia, kerana mereka mendengar, mereka dapat melihat ape yg kite lakukan di dunia. yang pastinya mereka gembire x terhingga apabila menerima doa doa kita, bukan sahaja di bulan ramadhan ini, begitu juga di bulan2 yang seterusnya kita amalkan doa kepada mereka.

selain itu, satu fenomena yang lazim kite jumpe, yg biasa kite lihat, iaitu solat terawih di masjid atau di surau. kalau kite lihat sendiri malam pertama hinggalah malam ke 9 atau 10, jemaah yang maghi masjid atau surau begitu ramai sekali hinggakan sesak dan padat x cukup ruang untuk solat. namun selepas itu, makin lame makin kurang jemaah yang datang masjid atau surau untuk bertarawih same2. di mana istiqamah kita sebenarnya? kite umpama seperti alim-alim kucing yang mane kite ni wat sesuatu benda x bersungguh-sungguh dan amek remeh jer benda cam tu. sepatutnya makin kian hampir bulan syawal, makin ramai jemaah yg maghi bertarawih kerana ape? kerana kite sendiri tau, dalam quran pun ade menyebut mengenai malam lailatul qadar di sepuluh malam terakhir. namun kebanyakan kite ni terutama anak-anak muda ambil ringan jer benda seperti ini, alasan mereka terwaih ni bukan nya wajib pun, ala orang nga sibuk nk beli baju raye, nga sibuk nk balik kampung. begitulah alasan mereka jika ditanya tentang bertarawih same-same ni.

oleh itu, maghi lah same-same kite menghayati keberkatan ramadhan ini kerana kite belum tentu lagi, belum pasti lagi akan dapat bertemu dengan ramadhan akan datang, kerana ape? kerana kite tidak tahu bila kah ajal kite, semuanye telah tertulis bila mase nya ajal kita. ayuh same2 kite berdoa moga 2 kite dipertemukan lagi ramadhan yang akan datang ni.

Monday, July 26, 2010

DESTINASI~ ALAM BARZARKH

MANUSIA di dunia ini ibarat musafir yang sedang dalam perjalanan lalu berehat di bawah sepohon pokok untuk melepaskan lelah dan berehat seketika sebelum meneruskan ke destinasi yang hendak dituju.

Perjalanan itu pula masih jauh dan terpaksa melalui pelbagai liku serta cabaran. Inilah gambaran matlamat sebenar hidup insan yang hendak dicapai. Pentas dunia hanya tempat untuk bercucuk tanam dengan amalan salih sebagai bekalan di akhirat nanti.

Sebelum manusia berpindah ke alam akhirat mereka akan menempuh satu alam dinamakan alam barzakh dan di sana mereka akan menjawab soalan ditujukan malaikat kepada mereka. Di sinilah penentu kejayaan di alam akhirat nanti sama ada manusia itu akan masuk ke syurga atau neraka.

Persoalan kubur termasuk dalam pokok keimanan terhadap alam ghaib seperti mana kita wajib percaya akan adanya syurga, neraka, malaikat dan hari kiamat. Dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang sahih banyak diterangkan perkara di atas yang menuntut setiap orang meyakini adanya alam selepas kehidupan duniawi.

Ia dikenali dengan perkara ‘sam’iyat’ iaitu perkara yang hanya diketahui melalui perkhabaran, tidak dapat dilihat oleh mata dan tidak terfikir akal. Beriman kepada alam ghaib adalah ciri orang beriman.

Allah berfirman yang bermaksud: “Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (mengenai datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang beriman kepada perkara ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka.”

Walaupun ada sesetengah agama mempercayai adanya kebangkitan selepas kematian di alam roh tetapi mereka menyeleweng daripada konsep dipegang Islam. Sebahagian lagi terus kufur dan menolak kerana mereka berdasarkan logik serta akal fikiran semata-mata, menganggap bahawa hidup hanya di atas dunia ini saja.

Golongan itu dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud:

“Dan tidakkah manusia fikirkan bahawa Kami jadikan dia dari setitik mani, tetapi tiba-tiba ia (jadi) pembantah yang nyata.” – (Surah Yasin, ayat 77)

Kesimpulan yang boleh dibuat manusia di dunia ini diklasifikasikan dalam tiga golongan iaitu mereka yang beriman dengan adanya alam ghaib melalui as-samiyat, percaya ada alam ghaib berdasarkan kepercayaan dan kufur dengan alam ghaib.

Kubur adalah perhentian pertama setelah seorang hamba itu meninggal dunia dan kemudian tempatkan di alam arwah sehingga hari kiamat. Di sinilah penentuan kebahagiaan kecelakaan yang abadi.

Hadis Abi Said mengatakan, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Kubur itu adalah salah satu lubang neraka, atau salah satu taman syurga.”

Adapun arwah orang yang beriman akan sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah tidak kira di mana mereka berada. Bagaimanakah seseorang itu akan menghadapi persoalan kubur?

Adapun roh orang yang beriman dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud:

“Setelah menerangkan akibat orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang beriman dan beramal salih akan disambut dengan kata-kata: Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah dalam kumpulan hamba-Ku yang berbahagia, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” – (Surah al-Fajar, ayat 27-30)

Kemudian apabila seseorang hamba Allah meninggal dunia, selepas dikebumikan dan ditinggalkan kuburnya lalu datanglah dua malaikat iaitu Mungkar dan Nakir yang ditugaskan untuk menyoalnya.

Jika ia beriman dan beramal salih, maka diberikan taufik oleh Allah menjawab persoalan dengan mudah. Kemudian dibuka baginya pintu syurga dan diperlihatkan syurga ke atasnya dan berbahagialah dia sehingga hari kiamat.

Namun jika orang itu kafir atau munafik, mereka akan menjawab tidak tahu. Lalu akan menerima seksaan kubur yang dahsyat. Suara teriak mereka dapat didengar oleh makhluk lain kecuali manusia dan jin.

Menurut Syeikh Abdullah Al-Fattani dalam bukunya Kasful Qhummah, roh Nabi, syuhada, muttaqin, salihin akan diangkat oleh malaikat ke langit selepas selesai tanya jawab dengan malaikat Mungkar dan Nakir.

Kemudian di angkat ke langit kedua, ketiga, keempat dan seterusnya ketujuh hingga ke Sidratul Muntaha dan di bawa ke Arasy Tuhan. Di sinilah mereka akan ditempatkan dan hidup dengan senang serta bahagia sehingga tiba hari kiamat.

Persoalan kubur tidak terkecuali bagi setiap orang yang meninggal dunia sama ada mereka mati di bumi, laut atau angkasa. Mengenai gambaran azab dan seksa kubur itu dalam pelbagai cara seperti dijelaskan ulama.

Bagaimanapun kita tidak banyak mengetahui rahsia alam roh melainkan apa yang diceritakan al-Quran dan hadis kerana ia adalah urusan Allah. Apabila seseorang berpindah ke alam baqa, bermakna terputuslah segala hubungan dan amalannya di dunia ini melainkan sedekah jariah, ilmu bermanfaat, anak soleh dan juga doa daripada kaum kerabatnya di dunia ini.

Riwayat daripada Ad-Dailami ada menyebut yang bermaksud: “Orang yang mati dalam kuburnya adalah seperti orang sedang tenggelam yang meminta pertolongan. Ia menunggu sampai kepadanya (rahmat) sesuatu doa daripada anaknya, atau saudaranya ataupun sahabat handainya. Apabila (rahmat) doa itu sampai kepadanya, maka tidaklah terkira sukacitanya dan dirasainya ‘rahmat doa itu’ lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Sebenarnya hadiah orang yang hidup kepada orang mati ialah doa dan istighfar.”

Alam sesudah mati ini memberi peringatan bahawa tidak selamanya kita akan kekal di muka bumi ini. Lambat laun kita juga mengikut jejak langkah mereka yang dulu menempuh alam barzakh. Semoga ia memberi keinsafan kepada kita untuk menyediakan bekalan terbaik untuk bekalan akhirat.

SEKILAS TENTANG QALBU

Qalbu terbagi menjadi 2 jenis:

1. Qalbu Jasmaniyah , iaitu jantung dianggap sebagi pusat
kehidupan manusia.
2. Qalbu Ruhaniyah , iaitu yang merasakan dan memahami. Lebih jauh lagi qalbu ini yang akan dapat mengenal Allah Ta’ala maka disebut pula
Qalbu Rabbaniyah.

Nabi SAW mengibaratkan qalbu sebagai singgasana raja. Siapa yang mendudukinya, maka jadilah ia raja. Baiknya seorang raja, akan mengakibatkan baik pula seluruh rakyat dan tentaranya. Tetapi buruknya seorang raja, akan mengakibatkan buruk pula seluruh rakyat dan tentaranya.

Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda : “Manusia, dua matanya itu pemberi
petunjuk. Kedua telinganya itu corong. Lidahnya itu juru bahasa, Kedua tangannya itu
sayap. Kedua kakinya itu pos. Dan hatinya itu raja. Apabila raja itu baik, niscaya baiklah
tentara-tentaranya”. [HR Abu Na’im dan Thabrani].

Sesungguhnya di dalam diri manusia terjadi peperangan perebutan singgasana qalbu, antara nafs (Al Muthmainnah) dan hawa nafsu serta syahwat. Kebanyakan manusia akan mendapatkan bahwa peperangan tersebut dimenangkan oleh hawa nafsu dan syahwatnya. Nafsnya kalah, dan dipenjara, dikepompongi oleh hawa nafsu dan syahwat. Akibatnya seluruh aktivitas manusia yang singgasana qalbunya diduduki oleh hawa nafsu dan syahwat inilah kondisi yang buruk. Seluruh aspek amalnya menjadi rusak karena hal tersebut.

Namun apabila nafs yang menjadi rajanya, maka hawa nafsu dan syahwatnya akan digembalakan. Kapan diperlukan, akan digunakan. Kapan tidak dibutuhkan, akan dijaga baik-baik. Inilah yang akan menyebabkan baik seluruh amalnya.

Rasulullah SAW bersabda, “Dalam diri manusia itu ada segumpal darah, yang apabila
baik maka baik seluruhnya, tetapi apabila buruk maka buruk seluruhnya, itulah
qalbu”.
[HR. Bukhari]

Saturday, July 24, 2010

ABDULLAH BIN UMMI MAKTUM

Kisah sahabat Rasulullah S.A.W yang buta bernama Abdullah bin ummi Maktum yanng di sebut dalam al-quran dalam surah 'Abasa.....

setelah orang yang setiap hari melihat Abdullah ke masjid untuk solat jenazah,Abdullah datang kepada Nabi untuk memohon izin agar dibolehkan tidak hadir dalam jemaah solat subuh.

Nabi berkata,"apakah kamu masih mendengar azan?"

"Ya."jawab Abdullah.

Nabi lalu berkata,"Aku tidak menemukan ada keringanan pada dirimu."

di waktu fajar pada hari berikutnya,Abdullah pergi ke masjid.Di tengah jalan,dia tersandung batu dan jatuh,kepalanya bengkak dan berdarah.Dia kemudian berdiri sambil menahan rasa sakit,dan mengusap darah yang meleleh di wajahnya.Lalu,dia hendak meneruskan langkah kakinya.Tiba-tiba seorang laki-laki tak di kenali menghampirinnya seraya bertanya kepada Abdullah bin Ummi Maktum.

"Ke mana kamu hendak pergi,wahai tuan?"

"Ke masjid,"jawab Abdullah.

Laki-laki itu berkata," Aku akan menghantarkan kamu ke masjid,dan menghantar kamu pulang ke rumah."

Laki-laki itu membimbing tangan Abdullah.Kejadian ini berlangsung beberapa hari.Setiap hari,laki-laki itu membawa Abdullah untuk pergi ke masjid dan menghantarnya kembali ke rumah.Abdullah bin Ummi Maktum amat bahagia dengan pertolongan lelaki itu.

Pada suatu hari,Abdullah bertanya kepada lelaki itu tentang namanya.

Lelaki itu bertanya kembali,"Apa yang kamu inginkan daripada namaku?"

"Aku ingin mendoakanmu,sesmoga Allah memberikan pahala kepadamu atas kebaikan yang telah kamu lakukan kepadaku."

"Aku tidak ingin kamu mendoakanku.Jangan pedulikan urusanku dan engkau tidak perlu bertanya tentang namaku."

"Demi Allah,kamu jangan lagi menghantarku sebelum aku tahu siapa kamu dan mengapa kamu menolongku tanpa meminta balasan apapun."

"Kerana kamu sudah bersumpah,maka aku akan memberitahumu.Ketahuilah kerana sesungguhnya aku adalah iblis!"

"Kenapa kamu membantuku pergi ke masjid sedangkan kamu melarang manusia untuk melakukan solat?"

"Apakah kamu ingat di saat kamu tersadung batu hingga darah keluar daripada kepala dan wajah mu?"

"Ya,aku ingat,"jawab Abdullah.

Iblis berkata,"Pada saat itu,aku mendengar malaikat berkata kerana itu Allah telah mengampuni separuh dosa-dosamu lantaran engkau terjatuh.Maka,aku khuatir,Alllah mengampuni dosa-dosamu yang separuh lagi jika kamu terjatuh untuk kali kedua.Oleh itu, aku membantumu pergi ke masjid dan menghantarmu pulang supaya kamu tidak terjatuh lagi."

mutiara kata hati