Tuesday, February 7, 2012

Al-Ikhlas

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

“Au zubillah himinashsyaitan nirrajim… bismillahirrahmannirrahim”

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan namaAllah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat tersebut, kemudian bacalah surah Al- Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang dirumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Kerjakanlah solat lima waktu tanpa henti kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Barang siapa membaca Qul huwa”llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka”.

Inilah yang dinamakan membaca Qulhua”llahuahad satu khatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al- Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga”. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya “Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.

Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al- Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al- Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al- Ikhlas.”

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: “Wahai Allah kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan”.

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis disayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s”.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq dan an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Monday, February 6, 2012

Nostalgia


assalamualaikum.. bertemu kita kembali, alhamdullillah setinggi-tingginya syukur kita kepada Allah kerna dengan limpahan kurniaanya kita masih lg diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini, kita tidak tahu bilakah ajal kita akan menjelma, masa itu pintu taubat da tertutup buat kita, marilah kita bermuhasabah diri kita semula apa yang kita telah lakukan pada seharian kehidupan nafas kita, adakah kita sudah puas dengan ibadah yang kita lakukan pd hari ini, ketahuilah bahawa kita sebenarnya masih lg belum boleh untuk berpuas hati kerna kita ini cumalah hamba biasa dan hina di sisi Allah, jadi kita perlulah sentiasa tingkatkan amal ibadah kita dalam kehidupan kita.. kita bersyukur ke hadrat Allah kerna pada hari ini kita juga masih lg diberi nikmat yg paling besar dalam segala nikmat iaitu nikmat iman dan islam..

pejam celik pejam celik, aku da nak habis belajor da, pasni berpraktikal selama 6 bulan di langkawi di sebuah industri ikan sangkar di sana. cepatkan masa berlalu kan.
selama 5 tahun berada di USIM, banyak benda yg aku pelajari, banyak benda yg aku lakukan, banyak benda aku tahu. begitu juga kenangan aku bersama-sama kawan2, teman2, dan guru2 yg amat begitu manis dan xkan pernah padam dan luput dalam ingatan ku. sedih sangat tinggalkan kawan2 yg telah bersama ku selama 5 tahun di USIM, namun apekan daya setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, setiap permulaan pasti akan ada akhirnya. namun perpisahan itu bukan lah untuk selama-lamanya kerna kami masih lg berhunbung walaupun berjauhan..



Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com


Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Lirik: Shauqi
Lagu: Munirah
Solo: Mohd Sobri Abdullah


lagu favourite aku ni sejak sekolah rendah lagi sampai lah sekarang, masih aku ingat lagi bait lirik nya dalam lagu ni. hehe..

insyaAllah mudah-mudahan kita semua akan mencapai kejayaan dan impian yg kita kejar selama ini.. sama2 kita berdoa agar Allah permudahkan segala urusan kita di dunia ini. kepada kawan2 se USIM, semoga kome semua berjaya dalam berpraktikal insyaAllah kita akan berjumpa lagi mase konvo nt, aminn...

Saturday, February 4, 2012

Cinta Allah, Cinta Rasullullah, Cinta Makhluk.. Kaitannya?


Begitulah halnya kaitan dengan cinta makhluk, disebut dalam satu hadis berkenaan tiga orang yang datang bertanya isteri-isteri Nabi S.A.W berkaitan hal ibadah Baginda S.A.W di rumah, selepas mendengar hal tersebut, mereka mula berfikir bahawa Nabi S.A.W yang telah diampunkan segala dosa, begitu kuat ibadahnya, bagaimanalah nasib mereka jika dibandingkan dengan Nabi S.A.W.

Lantas salah seorang dari mereka mengatakan bahawa akan solat sepanjang malam (tanpa tidur) selama-lamanya, seorang lagi mengatakan bahawa akan berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, dan seorang lain pula mengatakan bahawa akan menjauhkan diri dari wanita-wanita, dan tidak akan berkahwin selama-lamanya. Pada ketika itu Nabi S.A.W telah datang, dan bersabda:

"Kamukah yang telah berkata begini dan begini (sebagaimana yang mereka katakan sebentar tadi), DEMI ALLAH, aku adalah orang yang paling takut dan bertaqwa kepada Allah dari kalangan kamu semua, akan tetapi AKU BERPUASA dan BERBUKA, AKU SOLAT (malam) dan AKU BERBARING (tidur), AKU JUGA MENGAHWINI WANITA-WANITA, Sesiapa yang benci akan sunnahku, maka bukan dari kalanganku (yakni bukan umatku)."
[H.S.R al-Bukhari 5063, Muslim 3384, Ahmad 13568, an-Nasa'I 6/60]

Hadis panjang ini jelas menunjukkan kepentingan mengikut sunnah Nabi S.A.W, termasuk cinta makhluk mengikut saluran yang betul, iaitu BERKAHWIN.

Dalam hadis lain juga disebut galakan berkahwin iaitu saluran betul untuk cinta makhluk, hadis berbunyi:

"Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan mahar"), maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya." [al-Bukhari 1905, Muslim 1400]

Sunnah Nabi S.A.W adalah sesuatu yang syumul (lengkap dan sempurna) meliputi segala aspek kehidupan di dunia dan untuk akhirat. Cinta Makhluk dan pelbagai lagi isu kehidupan semuanya terkandung dalam Sunnah Nabi S.A.W, maka jika kita mengabaikannya, kita tidak mengikut sunnah, bagaimana hendak memperolehi cinta Allah?

Kesimpulannya, Cinta Allah adalah Cinta Teragung, namun dalam membicarakannya adakah kita di landasan yang betul atau sekadar mengikut fikiran kita tanpa berpandukan Kitab-NYA dan Sunnah Rasul-NYA, yang telah jelas menerangkan perkaitan antara Cinta Allah, Cinta Rasu-NYA dan Cinta Makhluk yang menjadi pecahan kecil dalam Cinta Rasu-NYA...

Akhir sekali, tiadalah lagi masalah atau perbalahan tentang Cinta Allah adalah segala-galanya, bahkan dianjurkan sedikit pengubahsuaian dari segi ungkapan ayat tersebut iaitu "Aku mencintai Allah dan Rasul-Nya dan aku mencintai makhluk pula mengikut anjuran Rasul-Nya berlandaskan al-Quran dan Sunnah."

SIAPAKAH IKON KITA.....???

Kita umat Muhammad yang sangat dicintai dan dirindui oleh baginda... suatu hari..nabi bertanya:"siapakah hamba Allah yg mulia?" sahabat menjawab: "para malaikat ya Rasulullah" sahabat yang lain : "tentulah para nabi, merekalah yg mulia" nabi tersenyum lalu berkata:"ya, mereka muli...a tapi ada yang lebih mulia" para sahabat terdiam lalu bekata:"adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah?" nabi berkata;" tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan..

Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu berkata... "wahai sahabatku, mereka adalah manusia2 yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian..mereka tak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sangat rindu kepadaku & saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA...MEREKALAH UMATKU! " Kasih Muhammad terhadap kita sangat mendalam... Ucapkan selawat kepada Nabi..sekali kita selawat kepada Nabi,10 kali Allah selawat untuk kita...